Assalammualaikum 😊
Lama sudah rasanya diri ini tidak mencoret sebaris kata apatah lagi selembar cerita. Makin lama, makin dilupa halaman sepi ini. Mungkin kerana tiada masa, mungkin juga kerana sudah tidak peduli lagi. Namun, minda masih mengingat, lantaran jari-jemari juga masih terasa ingin memetik punat-punat abjad mencoret cerita dunia. Entah cerita duka mahupun bahagia. Ku taram sahaja.
Dulu bergelar siswa, kini sudah meningkat usia. Juga sudah berkerjaya. "Guru". Kadang terasa kelakar bila diimbas kembali cerita lama. Hakikatnya tak pernah menyangka, kelak akan bergelar pendidik bangsa. Sedangkan diri sendiri, tak seberapa terdidik. Ahh.. abaikan saja. Sudah takdir, juga punya hikmah yang Allah janjikan. Aku akur dan bersyukur atas segala nikmat rezeki yang dikurniakan Maha Yang Esa. Bukan mudah nak bergelar guru (maestra). Banyak onak dan nuri terpaksa ditempuh. Berkali jugak rebah dan putus harap. Tetapi tetap tegar dan gagah kerana niat untuk membahagiakan hati kedua orang tua. Alhamdulillah, Allah tetap bersama hamba-hanbaNya. Aku berjaya ya Allah.
Jika mahu ku ceritakan tentang pengalaman semasa bergelar siswa IPG. Allah, banyak kenang-kenangannya. Lebih kepada duka yang tersirat, luka yang tak terubat dan dendam yang tak berpahat. Namun semuanya terpaksa diikat, dipendam dan dilenyap seketika dek kerana niat yang utuh membahagiakan hati-hati insan yangi ingin lihat ku berjaya. Tak mudah jadi perempuan. Entahlah, bukan kerana rupa semata. Kerana aura yang sering diperkata. Kerap digoda, dipujuk rayu oleh sang jejaka yang pastinya inginkan perhatian. Ada juga yang terpikat kerna nafsu semata. Dan ada juga yang benar-benar ikhlas. Khilafnya, bila sekali terlayan akan kata-kata dan pujuk rayu nista semata. Ahh, cerita lama...
Lama pun, aku masih dihantui perkara yang sama. Puas berlari, puas mencari ketenangan diri, puas menangis kerana takut terjerat lagi. Tetap, masih terikat. Ya Allah, apa salah ku ya Allah? Nak mengalah? Bukan, nak bunuh diri ja rasa. Tapi, aku masih waras, masih mampu membezakan baik dan buruk. Dan hakikatnya, tak pernah terlintas dalam hati nak bunuh diri. Cuma terkadang rasa ingin pergi jauh, hilangkan rasa kusut dalam diri, ingin sendirian tanpa perhatian dari sesiapa lagi. Sudahlah, cukup. Aku penat. Ada yang menasihat, jangan layan, biarkan saja, diamkan diri, buat bodoh. Ahh.. macam-macamlah. Semua tu aku buat tanpa perlu dipesan. Tapi, ianya sama. Tetap merimaskan jiwa. Apa yang rimas? Ya, sangat rimas. Aku bukan manusia yang gila akan perhatian manusia. Lagi-lagi lelaki yang entah siapa, dari mana yang tiba-tiba sahaja datang beri pujuk raya dengan kata-kata manis macam gula. Dengan tujuan, aku mesti jadi milik dia. Ahh, gila. Kau siapa nak paksa-paksa hati orang. Yaa, kerana menolak dan banyak menolak. Sampai-sampai terkena bidas. Bidas yang bukan dari kata-kata. Tapi dari perbuatan keji san dendam manusia. Tak dapat cara lembut, cara halus digunakan. Sakit... Hmm,..
Rasa suka takkan berputik dengan paksa, begitu juga cinta. Takkan mekar bahagia kerana niat merajakan nafsu semata.
Maaf, tak mampu nak sambung... Rasa sakit tebal menyarang dalam jiwa. Mungkin perlu berubat lagi. Nanti ada masa, saya sambung...
Assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment